Wakaf Kasih Ke Kemboja — satu bekalan hari ini, pahala bertahun lamanya.
Al-Quran, perigi air bersih, makanan asas dan sejadah untuk pelajar madrasah serta masyarakat Islam di Kemboja yang masih memerlukan.
Diuruskan penuh oleh Maahad Tahzib / M Tahzib Global Services, dengan bukti serahan selepas selesai.
Mula Wakaf — dari SGD30Di Singapura kita mudah dapat Al-Quran. Di sesetengah madrasah Kemboja, naskhah masih uzur dan tidak mencukupi.
Ada pelajar yang terpaksa berkongsi satu Al-Quran. Ada kampung yang masih tiada air bersih sendiri. Setiap wakaf anda bukan sekadar memberi barang — ia menghidupkan dakwah dan amal jariah yang berpanjangan.
"Wakaf anda bukan sekadar memberi kitab, tetapi menghidupkan dakwah. Ini bukan projek bermusim. Ini adalah amanah."
Wakaf yang dibuat dengan hati, disampaikan dengan tanggungjawab.
Mereka mengenal keperluan sebenar, tahu siapa yang benar-benar memerlukan.
Dari niat pewakaf, ke proses wakaf, hingga diterima dan digunakan.
Kami jaga setiap langkah — bukan sekadar "lepas tangan".
Bayar ikut cara paling senang untuk Tuan/Puan
Tak biasa isi borang online? Tekan butang WhatsApp di penjuru skrin, dan pegawai kami akan bantu uruskan wakaf Tuan/Puan dari awal hingga selesai.
Penghantaran yang telah disempurnakan.
Setiap wakaf yang diterima akan disempurnakan dan direkod sebagai amanah. Dokumentasi penghantaran disediakan sebagai bukti ketelusan.
Saksikan sendiri pelaksanaan di lapangan.
Dokumentasi video penghantaran wakaf Al-Quran dan pembinaan perigi di Kemboja, dikongsikan secara terbuka di YouTube.
10 lokasi di Wilayah Tboung Khmum, Kemboja, sedang menanti bantuan.
Batch seterusnya akan dilaksanakan apabila kuota wakaf bagi setiap lokasi dipenuhi.
Al-Quran, perigi, makanan asas dan sejadah — ikut keperluan sebenar di lapangan.
Semua harga dipaparkan dalam SGD. Bayaran dan borang diuruskan sepenuhnya melalui portal rasmi Maahad Tahzib.
Al-Quran — 1 Naskhah
Satu naskhah Al-Quran untuk seorang pelajar madrasah atau penama pilihan Tuan/Puan.
Wakaf sekarangAl-Quran — 1 Kotak
Sesuai untuk wakaf keluarga, arwah tersayang, atau niat amal jariah bersama.
Wakaf sekarangAl-Quran Terjemahan
Al-Quran berserta terjemahan untuk memudahkan pelajar dan masyarakat memahami maksud ayat.
Wakaf sekarang1 Madrasah — 150 Naskhah
Lengkapkan keperluan penuh sebuah sekolah/madrasah dalam senarai menanti, seperti Sekolah An-Nur atau Al-Barakah.
Wakaf sekarangPerigi — 1 Bahagian
Sertai secara berkongsi — 14 bahagian menggenapkan 1 perigi air bersih sepenuhnya.
Wakaf sekarangPerigi — 1 Biji
Bekalkan sebuah perigi air bersih sepenuhnya untuk sebuah kampung di Kemboja.
Wakaf sekarangMakanan Asas — 1 Pack
Beras, minyak masak, garam & gula, makanan kering untuk sebuah keluarga.
Wakaf sekarangMakanan Asas — 1 Kampung
Bekalkan makanan asas untuk keseluruhan sebuah kampung sekali gus.
Wakaf sekarangSejadah — 20 Helai
Sejadah untuk melengkapkan ruang solat surau dan madrasah secara bersekali.
Wakaf sekarang* Harga pakej "1 Madrasah" dikira mengikut kadar SGD30/naskhah (150 naskhah). Hubungi pegawai kami di WhatsApp jika Tuan/Puan mahu sasarkan lokasi tertentu dalam senarai menanti.
Nama pewakaf atau penama akan ditampal pada barangan wakaf Al-Quran dan Wakaf Perigi.
Satu wakaf. Pahala berpanjangan.
SGD30 mungkin kecil bagi kita. Tetapi besar nilainya untuk mereka yang sedang belajar dan beribadah.
Jangan tunggu sempurna untuk berbuat kebaikan. Bila Allah gerakkan hati, itu tanda jemputan. Jadikan sebahagian rezeki dari Singapura sebagai saham akhirat untuk saudara Islam di Kemboja.
Wakaf SekarangInsya-Allah, kecil di mata manusia tetapi besar nilainya di sisi Allah.
Yang Tuan/Puan mungkin tertanya-tanya
Berapa harga setiap wakaf?
- Al-Quran 1 naskhah — SGD30
- Al-Quran 1 kotak (10 naskhah) — SGD300
- Al-Quran Terjemahan — SGD85
- Al-Quran 1 Madrasah (150 naskhah) — SGD4,500
- Perigi 1 bahagian (1/14) — SGD55
- Perigi 1 biji penuh (14 bahagian) — SGD700
- Makanan Asas 1 pack — SGD30
- Makanan Asas 1 kampung (20 pack) — SGD600
- Sejadah 20 helai — SGD313
Adakah wakaf ini benar-benar sampai kepada penerima?
Ya, setiap Al-Quran dan bantuan dihantar sendiri ke lokasi penerima serta direkodkan dengan sticker penama berkod unik.
Ke mana wang wakaf saya digunakan?
Hanya untuk penyediaan Al-Quran, bahan ibadah, makanan asas, perigi, kos penghantaran dan pengurusan. Tiada kos pihak ketiga, influencer atau selebriti.
Boleh wakaf untuk arwah?
Boleh, sebagai pahala berterusan. Tuan/Puan boleh niatkan untuk arwah ibu, ayah, pasangan atau ahli keluarga.
Apa kaedah bayaran yang tersedia?
Perbankan internet, PayNow, Touch 'n Go dan kad kredit/debit melalui Stripe. Jika perlukan bantuan, tekan butang WhatsApp dan pegawai kami akan uruskan bersama.
Adakah donation ini tax-deductible di Singapura?
Wakaf ini adalah sumbangan amal dan tidak dinyatakan sebagai tax-deductible di Singapura.